Telatah si Kecil

Aku punya adik : Udai
                         : Bulat
                         : Nia

~sekian~



Kisah 1
Teringat Ramadan 2012 lalu, setiap hari saya membawa konco-koco saya untuk berterawih secara  berjemaah di kampung sebelah. Alhamdulillah Ramadan itu dapat juga memainkan peranan  sebagai seorang abang dalam mendidik adik2 dalam bab-bab agama. Juga berpeluang dalam merasai peranan sebagai seorang ayah (hehehe).

Si Udai dan si Bulat pun ikutlah abangnya (saya) pergi ke masjid kampung sebelah, dengan berjalan kaki.Ku perhatikan Udai dapat berkawan dengan kanak-kanak lain dengan mesra.

Yang aku risau si Bulat, sebab bila dia dah mula berkawan dengan sahabat baru, dia pun mula menjadi liar, nakal, dan susah dikawal.

Namun bukan itu yang buat aku geram, yang aku geram apabila seorang  kawannya bertanya kepada dia : Bulat, yang rambut panjang tu (aku) bapa kamu ka ?

Punyalah menyirap darah aku ! Cis, bertuah punya budak, muka aku ni nampak sngat tua ka ?

Sampai sekarang aku masih tercari-cari budak tu sebab nak gertak dia !

yohoho

*kejadian ni menjadi indikator bahawa sudah tiba masa aku gunting rambut dan bercukur misai


Kisah 2
Pada suatu maghrib ahad yang biasa di Sandakan, berkumandanglah lagu siri animasi Malaysia yang popular di masa kini, BOBOIBOY. Aku yang tengah makan masa tu asyik memerhatikan konco-koncoku ne yang tadinya nakal, bising, mengkucar kacirkan suasana rumah, menjadi budak baik yang seperti diprogram automatik tanpa disuruh duduk dihadapan televisyen.

Mereka bernyanyi mengikut rentak lagu pembukaan Boboiboy :

Jadi kita perlukan penyelamat Bumi........
BOBOIBOY !


Dalam hatiku pun mula menggerutu, pandai pula diorang ne hafal lagu Boboiboy, kalau aku
try test nyanyi asma ul husna mesti diaorang sangkut.

“dan hendaklah ada sebahagian dikalangan kamu yang menyeru kearah kebaikan dan mengarah kearah ma’ruf serta mencegah yang mungkar dan mereka inilah golongan yang beroleh kejayaan”
Ali Imran : 104











Kisah 3
Malam pun menjelang tiba, perasaan mengantuk yang membuak-buak didada harus ku penuhi. Tidur merupakan keperluan biologi yang penting untuk dinikmati agar mendapat manfaat darinya.

"Jom, semua ikut abang p tidur" ajak ku kepada konco-koncoku. Tidur pun kena berjemaah tau.
Diorang ikut tanpa membantah memandangkan tiada program yang menarik pada malam itu.

"Kuatkah kuasa Taufan BBB yg baru?" Tnyaku dalam memulakan perbualan.
"Hmmmm, kuat. Kuasa Angin, Kilat dan Tanah BBB dah berubah menjadi Halilintar, Gempa dan Taufan"
Bilik yang tadinya sepi, hening jadi kecoh sebab mereka kongsikan pengetahuan mereka dalam
animasi BBB tu. Hmm, pkar juga diorang ne.

Lalu aku pun bertanya : tahukah kamu ada cerita yang heronya boleh bercakap dengan haiwan
"tak tahu, tv brp tu bang?" cheh, nampak sngat kamu tak tengok.

BBB boleh belah laut ka ? BBB boleh belah bulan ka ? Pernahkah BBB ditelan ikan besar ? Pernahkah BBB bina sebuah kapal yang sangat besar ? 

Mereka jadi teruja dengan penyampaian aku yang bersifat kebudak-budakan       =P
didalam usaha menarik minat mereka untuk mendengar kisah anbiya yang unggul yg bakal aku sampaikan.

Maka aku pun berceritalah beberapa kisah anbiya dalam beberapa malam dan mereka pun tidak
merasa bosan atau hilang minat. Mereka seronok mendengar kisah ajaib yang berlaku kepada para
anbiya. Kemudian  aku pun menguji kefahaman mereka.

"Bulat, cuba kau bagitau balik apa yg sudah abang ceritakan pasal kisah anbiya?"

"Nabi Muhammad yang pandai bercakap dengan binatang dan ada tongkat yang berubah menjadi ular
bina kapal besar sambil belah laut untuk belah bulan"

(-___- ")

*nampak sangat mengantuk, jomlah tidur . . . selamat malam semua . . .



Kisah 4
Cuba tanya adik2 anda yg belum bersekolah ttg penciptaan syaitan, jin dan manusia.

Aku        : Syaitan dicipta daripada apa ?
Udai       : pokok
Bulat      : batu

Aku        : Malaikat pula dicipta dripada apa ?
Udai       : tulang
Bulat      : tali

*yohohoho, adik anda akan beri jawapan yg mcm mna pula ya ?


Kisah 5
Baru-baru ini aku telefon mak dan mak beritahu si Bulat sakit. Maka aku pun bertanyalah kenapa boleh sakit, main hujan ka ? Mak pun bagitahu : "mgkn sakit sbb dah gunting rambut, rambut Bulat skrng nda suda gondrong mcm dulu"

HARHARHARHARHAR !
Amek kau !
Aku cemburu tgk rambutnya yang pnjg, sekarang aku dah tidak punya pesaing dalam kepanjangan rambut di dalam rumah ! YES !

budak ne kuat mkn

panjangkan rambutnya . . .






























Kisah 6
Kids are young (of course) and naive person. They absorb everything in their surrounding and build up their character and personality based on their personal experiences. Therefore it is important to tshape and mould them to be a better person. When I was a kid, I have so much fun with nature since my generation, Y generation are not anticipated in any technology and modern toys. What do we have then ? IMAGINATION !

I used to play at beach near my house, it is a wonderful place for me and my friends to hang out with. My favourite activites are playing with the starfish that we catch and act like a shinobi, threw the starfish as they are shuriken. What a fantastik moment ! Besides I also play with jellyfish (white color) and threw them to my friend's body and have a great itchy evening. We also catch crabs on the beach and bring them home and put them into river. i wonder can they survive there ???

But as I grow up, I learnt the beauty of wildlife through biology subject (love this subject very much). I also started to appreciate them even more and feel sorry for the "Patrick" that I used to threw as shuriken in my kids era. You see, starfish is belongs to Echinoderm and they have NERVE RING !  That means they can FEEL PAIN ! What have I done ?

Well now what I can do is to educate these Z generation to appreciate the wildlife.  Now I often bring my brothers and sister to the beach and teach them about wildlife. I forbidden them to play with the starfish because they can feel pain but they can't scream it loud ! Poor thing . . . .


Echinoderm have nerve ring









No comments:

Post a Comment